PERTUKARAN SETARA



En.Ahmad Bokhari Omar,GPK Kokurikulum Sk Saujana telah bertukar ke SK Kampung Bharu Tok Dor,Besut bermula 1 Oktober 2010. Beliau telah memulakan khidmat di Sk Saujana pada 16 Januari 2010.Sebelum itu,beliau telah berkhidmat sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan di PKG Seri Payong,Besut. Semoga beliau dapat meneruskan perkhidmatan dengan lebih cemerlang lagi di sekolah baru.Tahniah!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2010




































Pada tarikh 7 hingga 9 Oktober 2010,SK Saujana telah mengadakan satu perkhemahan unit beruniform. Perkhemahan yang telah disempurnakan majlis penutupnya oleh En.Ismail bin Awang Teh (Naib YDP PIBG SK Saujana)telah berjaya menggabungkan 5 pasukan unit beruniform iaitu TKRS, Pengakap, PBSM, PPIM dan Tunas Puteri.

Tuan Guru Besar,En.Sauti Omar melahirkan rasa sukacitanya kerana perkhemahan ini telah berjaya mencapai matlamatnya.Hasil kerjasama guru-guru dan murid-murid dapat diperlihatkan melalui pelbagai aktiviti sepanjang perkhemahan ini.
Johan Keseluruhan telah di anugerahkan kepada TKRS dan tunas Puteri (Johan Bersama). Tahniah! Semoga perkhemahan pada tahun hadapan akan lebih hebat lagi!





































Murid-murid bersama guru sedang menyiapkan khemah masing-masing.








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI




Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri tetap terasa walaupun Aidilfitri sebenar telah lama berlalu.Sebagaimana tradisi sebelumnya,sambutan Aidilfitri bagi tahun ini tetap diadakan dengan pelbagai program yang menarik,antaranya pertandingan menganyam ketupat,pertandingan karaoke 'lagu raya' disamping jamuan kuih-muih yang dibawa oleh guru dan juga murid.Sambutan diadakan pada 28 September 2010.(Untuk melihat lebih banyak suasana sambutan hari raya,sila berkunjung ke 'Facebook' SK Saujana......


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN TERENGGANU 2010




Tuan Guru Besar SK Saujana ,En.Sauti Omar sedang menerima hadiah bagi Kategori Anugerah Perlaksanaan e-Book dalam P&P daripada YB.Haji Ahmad Razif Bin Abdul Rahman.

Majlis tersebut diadakan sempena Pelancaran Ekspo Pendidikan Terengganu 2010 yang berlangsung dari 26 hingga 28 September 2010 bertempat Pusat Dagangan Terengganu.Di majlis tersebut,turut menerima hadiah bagi kategori yang sama ialah SK Mangkok.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Sambutan Bulan Kemerdekaan


Isnin,30 September-Sambutan Bulan Kemerdekaan telah dilaksanakan dengan jayanya.Antara program yang dilaksanakan....



..pertandingan basikal berhias

...nyanyian lagu-lagu patriotik

..pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik
..penyampaian hadiah kepada penyajak jemputan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Program Tadarus Al Quran Sempena Ramadhan





Murid-murid bertadarus bersama guru di waktu rehat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan


Para guru dan pelajar menyanyikan lagu 'Jalur Gemilang'


Selasa.24 Ogos-SK Saujana telah melancarkan Sambutan Bulan Kemerdekaan bertempat di dataran perhimpunan.Majlis disempurnakan dengan penyampaian ucapan oleh Tuan Guru Besar,En.Sauti bin Omar.

Beberapa program telah dirancangkan,antaranya pertandingan melukis dan mewarna yang disertai oleh murid tahun 1 hingga 5. Kemeriahannya tetap terasa walaupun dalam suasana berpuasa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS