1 EMAS 1 PERAK UNTUK SK SAUJANA





11 MAC 2010- Kejohanan Olahraga MSSD Setiu telah melabuhkan tirainya.Kontinjen SK Saujana berjaya memperolehi 1 pingat emas dan 1 pingat perak melalui acara lontar peluru Lelaki dan Perempuan.Tahniah dan Syabas kepada semua pihak yang terlibat terutamanya kepada Cikgu Muhammad Abu Bakar selaku pengurus pasukan dan semua jurulatih yang terlibat.

Pencapaian 2 pingat tersebut menjadikan SK Saujana berada di tempat ke dua dalam Zon Setiu Utara.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

MESYUARAT AGUNG PIBG SK SAUJANA




Tuan Guru Besar SK Saujana,En.Sauti bin Omar sedang menyampaikan ucapan


Penyampaian cenderahati kepada En.Mohd Azmi daripada En.Ismail,Naib YDP PIBG

Tarikh : 10 Mac 2010 (Rabu ),jam 2.00 petang
Persamian : En.Mohd Azmi bin Nazir (Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Setiu)
Antara yang menarik : Cabutan 35 nombor bertuah,hadiah berupa hamper.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD SETIU KALI KE -19


Kontinjen SK Saujana dengan penuh semangat mengikuti perbarisan sempena Pembukaan Kejohanan Olahraga MSSD Setiu

SK Saujana,8 MAC 2010-Kontinjen SK Saujana yang dianggotai murid seramai 25 orang berjaya membuktikan kesepakatan mereka dalam menyertai perbarisan sempena Pembukaan Kejohanan Olahraga MSSD Setiu Kali Ke-19 baru-baru ini.Kejohanan yang berlangsung selama empat hari sehingga 11 Mac berjaya mencungkil beberapa bakat baru dalam bidang olahraga.

Syabas! Untuk guru-guru,murid-murid yang terlibat dalam perbarisan tersebut walaupun hanya di tempat ke-3 tetapi ianya adalah kejayaan untuk kita semua.Tahniah!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Sambutan Maulidul Rasul





AHAD, 1 Mac-Sekolah kebangsaan Saujana telah mengadakan Sambutan Maulidul Rasul peringkat sekolah.Majlis dimeriahkan dengan hehadiran YB En.Abd Halim bin Jusoh,ADUN Permaisuri,AJK Masjid Kampung Saujana dan juga Ibu Bapa.

Sambutan kali ini diadakan bersama Masjid Kampung Saujana dimana turut menyediakan makanan untuk hadirin.Kehadiran yang ramai semasa perarakan bermula di SK Saujana dan berakhir di Masjid Kampung Saujana menggambarkan suasana yang muhibbah serta kesepakatan disamping sama-sama menghayati pengertian sambutan Maulidul Rasul.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS