Kem Pelajar Elit 5A



Sabtu, 25 Februari 2010- Seramai 26 orang murid SK Saujana telah menghadiri kem yang julung kali diadakan bagi sesi 2010.

Peserta didedahkan dengan ceramah motivasi yanng disampaikan oleh Ustaz Mokhtar dari Pejabat Agama Daerah Setiu disamping teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan yang disampaikan oleh guru-guru pakar dari SK Saujana.





Kem yang diadakan selama tiga hari iaitu bermula 25 hingga 27 Februari itu berjaya memberi pendedahan kepada murid bagi dari segi pelajaran mahupun pengisian kerohanian.

Beberapa orang guru turut 'berkampung' di situ bagi sama-sama merasai suasana kemeriahan di kem tersebut.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Watikah Pelantikan Pengawas 2010





Majlis Watikah Pelantikan Pengawas dan Pustakawan dihadiri Pegawai Perhubungan Sekolah,En.Shamsuddin bin Idris dan Inspektor Emi dari IPD Setiu.Majlis tersebut diadakan pada 21 Februari 2010.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Majlis Sembahayang Hajat Kali Pertama SKS





Pada 28 Januari 2010 ( Khamis Malam Jumaat ) pihak sekolah dan PIBG telah mengadakan Majlis Sembahyang Hajat Kali 1 untuk calon UPSR 2010. Majlis ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada semua guru dan ibubapa pelajar.



Majlis ini diketuai oleh Ustaz Osman bin Ab. Latif, Pegawai Pejabat Agama Daerah Setiu.



Majlis bermula pada pukul 6.30 petang. Aturcara majlis pada malam tersebut dimulai dengan Solat Maghrib berjemaah, Sembahyang Hajat Berjemaah, Bacaan Yassin dan diakhiri dengan Solat Isyak berjemaah.




Pada majlis tersebut juga En. Sauti bin Omar,PJK. Guru Besar SK Saujana memberikan ucapan terima kasih kepada semua ibubapa yang telah memberikan komitmen yang amat menggalakkan. Harapan beliau agar komitmen ini berkekalan demi menjadikan SK Saujana lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kejohanan Sukan Tahunan SK Saujana Kali ke 8





Kejohanan Sukan Tahunan SK Saujana Kali ke 8 telah berlangsung dari 8 Februari hingga 9 Februari 2010. Temasya dengan penuh kemeriahan itu telah di rasmikan oleh En.Ismail bin Awang Teh (Naib YDP PIBG).sementara majlis penutup pula telah disempurnakan oleh En.Razif b. Abd Majid (Penolong Pegawai Daerah Setiu).

Beberapa acara yang melibatkan murid ,ibubapa serta guru-guru telah mengisi temasya sukan pada kali ini.Antaranya larian 100 meter,200 meter,4x100,4x200,isi air dalam botol dan lain-lain lagi.

Johan keseluruhan bagi temasya sukan kali ini disandang oleh Rumah Hijau.Tahniah! Untuk semua yang bertungkus lumus terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan temasya kali ini.SKS Boleh!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Pemuafakatan masyarakat setempat


6 Februari 2010, Jumaat-Satu majlis gotong royong yang melibatkan penduduk beberapa buah kampung sekitar SK Saujana telah diadakan bagi membina beberapa buah bangsal di tepi padang bola sekolah.

Bangsal ini didirikan bagi kemudahan guru dan juga murid-murid mengadakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran disamping untuk kemudahan sukan dan permainan dimana setiap bangsal mewakili setiap rumah iaitu merah,kuning,biru dan hijau.Dua buah bangsal berjaya disiapkan dan dua lagi akan menyusul sedikit masa lagi.

Turut hadir sama memerah keringat ialah Tuan Guru Besar,En.Sauti Omar,Guru-guru Penolong Kanan dan jug
a guru-guru SK Saujana.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS