Majlis Sembahayang Hajat Kali Pertama SKS





Pada 28 Januari 2010 ( Khamis Malam Jumaat ) pihak sekolah dan PIBG telah mengadakan Majlis Sembahyang Hajat Kali 1 untuk calon UPSR 2010. Majlis ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada semua guru dan ibubapa pelajar.



Majlis ini diketuai oleh Ustaz Osman bin Ab. Latif, Pegawai Pejabat Agama Daerah Setiu.



Majlis bermula pada pukul 6.30 petang. Aturcara majlis pada malam tersebut dimulai dengan Solat Maghrib berjemaah, Sembahyang Hajat Berjemaah, Bacaan Yassin dan diakhiri dengan Solat Isyak berjemaah.




Pada majlis tersebut juga En. Sauti bin Omar,PJK. Guru Besar SK Saujana memberikan ucapan terima kasih kepada semua ibubapa yang telah memberikan komitmen yang amat menggalakkan. Harapan beliau agar komitmen ini berkekalan demi menjadikan SK Saujana lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Majlis Sembahayang Hajat Kali Pertama SKS"

Post a Comment