PERTUKARAN SETARA



En.Ahmad Bokhari Omar,GPK Kokurikulum Sk Saujana telah bertukar ke SK Kampung Bharu Tok Dor,Besut bermula 1 Oktober 2010. Beliau telah memulakan khidmat di Sk Saujana pada 16 Januari 2010.Sebelum itu,beliau telah berkhidmat sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan di PKG Seri Payong,Besut. Semoga beliau dapat meneruskan perkhidmatan dengan lebih cemerlang lagi di sekolah baru.Tahniah!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2010




































Pada tarikh 7 hingga 9 Oktober 2010,SK Saujana telah mengadakan satu perkhemahan unit beruniform. Perkhemahan yang telah disempurnakan majlis penutupnya oleh En.Ismail bin Awang Teh (Naib YDP PIBG SK Saujana)telah berjaya menggabungkan 5 pasukan unit beruniform iaitu TKRS, Pengakap, PBSM, PPIM dan Tunas Puteri.

Tuan Guru Besar,En.Sauti Omar melahirkan rasa sukacitanya kerana perkhemahan ini telah berjaya mencapai matlamatnya.Hasil kerjasama guru-guru dan murid-murid dapat diperlihatkan melalui pelbagai aktiviti sepanjang perkhemahan ini.
Johan Keseluruhan telah di anugerahkan kepada TKRS dan tunas Puteri (Johan Bersama). Tahniah! Semoga perkhemahan pada tahun hadapan akan lebih hebat lagi!





































Murid-murid bersama guru sedang menyiapkan khemah masing-masing.








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI




Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri tetap terasa walaupun Aidilfitri sebenar telah lama berlalu.Sebagaimana tradisi sebelumnya,sambutan Aidilfitri bagi tahun ini tetap diadakan dengan pelbagai program yang menarik,antaranya pertandingan menganyam ketupat,pertandingan karaoke 'lagu raya' disamping jamuan kuih-muih yang dibawa oleh guru dan juga murid.Sambutan diadakan pada 28 September 2010.(Untuk melihat lebih banyak suasana sambutan hari raya,sila berkunjung ke 'Facebook' SK Saujana......


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN TERENGGANU 2010




Tuan Guru Besar SK Saujana ,En.Sauti Omar sedang menerima hadiah bagi Kategori Anugerah Perlaksanaan e-Book dalam P&P daripada YB.Haji Ahmad Razif Bin Abdul Rahman.

Majlis tersebut diadakan sempena Pelancaran Ekspo Pendidikan Terengganu 2010 yang berlangsung dari 26 hingga 28 September 2010 bertempat Pusat Dagangan Terengganu.Di majlis tersebut,turut menerima hadiah bagi kategori yang sama ialah SK Mangkok.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Sambutan Bulan Kemerdekaan


Isnin,30 September-Sambutan Bulan Kemerdekaan telah dilaksanakan dengan jayanya.Antara program yang dilaksanakan....



..pertandingan basikal berhias

...nyanyian lagu-lagu patriotik

..pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik
..penyampaian hadiah kepada penyajak jemputan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Program Tadarus Al Quran Sempena Ramadhan





Murid-murid bertadarus bersama guru di waktu rehat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan


Para guru dan pelajar menyanyikan lagu 'Jalur Gemilang'


Selasa.24 Ogos-SK Saujana telah melancarkan Sambutan Bulan Kemerdekaan bertempat di dataran perhimpunan.Majlis disempurnakan dengan penyampaian ucapan oleh Tuan Guru Besar,En.Sauti bin Omar.

Beberapa program telah dirancangkan,antaranya pertandingan melukis dan mewarna yang disertai oleh murid tahun 1 hingga 5. Kemeriahannya tetap terasa walaupun dalam suasana berpuasa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Majlis Berbuka Puasa


Isnin,23 Ogos-Majlis berbuka puasa yang dihadiri guru-guru serta ahli keluarga masing-masing,AJK PIBG,ibubapa dan murid tahun 6 telah diadakan di kantin Sekolah Kebangsaan Saujana.Majlis dimulai jam 6.30 petang itu turut dihadiri YB.Abd Halim Jusoh,ADUN Permaisuri yang juga merupakan YDP PIBG SK Saujana.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kempen Tak Nak Merokok dan Denggi

Tarikh : 2 Jun 2010
Anjuran :Pejabat Kesihatan Daerah Setiu



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

SAMBUTAN HARI GURU 2010



AHAD,16 MEI-Kemeriahan sambutan Hari Guru turut dirasai oleh semua warga SK Saujana.Pelbagai acara telah diadakan bagi memeriahkan lagi suasana sambutan hari tersebut.Antaranya...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

PERTANDINGAN BOLA BALING ZON SETIU UTARA


SK Saujana Juara Lagi!

21 APRIL- Pertandingan bola baling antara sekolah-sekolah Zon Setiu Utara telah berlangsung di SK Saujana bermula 20 April 2010.Pertandingan selama dua hari itu telah menyaksikan satu pertandingan yang hebat serta meriah.

Sekolah Kebangsaan Saujana telah muncul Johan Kategori Lelaki manakala Sekolah Kebangsaan Kuala Setiu muncul Johan Kategori Perempuan.Hadiah telah disampaikan oleh En.Sauti b Omar,Guru Besar SK Saujana.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

1 EMAS 1 PERAK UNTUK SK SAUJANA





11 MAC 2010- Kejohanan Olahraga MSSD Setiu telah melabuhkan tirainya.Kontinjen SK Saujana berjaya memperolehi 1 pingat emas dan 1 pingat perak melalui acara lontar peluru Lelaki dan Perempuan.Tahniah dan Syabas kepada semua pihak yang terlibat terutamanya kepada Cikgu Muhammad Abu Bakar selaku pengurus pasukan dan semua jurulatih yang terlibat.

Pencapaian 2 pingat tersebut menjadikan SK Saujana berada di tempat ke dua dalam Zon Setiu Utara.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

MESYUARAT AGUNG PIBG SK SAUJANA




Tuan Guru Besar SK Saujana,En.Sauti bin Omar sedang menyampaikan ucapan


Penyampaian cenderahati kepada En.Mohd Azmi daripada En.Ismail,Naib YDP PIBG

Tarikh : 10 Mac 2010 (Rabu ),jam 2.00 petang
Persamian : En.Mohd Azmi bin Nazir (Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Setiu)
Antara yang menarik : Cabutan 35 nombor bertuah,hadiah berupa hamper.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD SETIU KALI KE -19


Kontinjen SK Saujana dengan penuh semangat mengikuti perbarisan sempena Pembukaan Kejohanan Olahraga MSSD Setiu

SK Saujana,8 MAC 2010-Kontinjen SK Saujana yang dianggotai murid seramai 25 orang berjaya membuktikan kesepakatan mereka dalam menyertai perbarisan sempena Pembukaan Kejohanan Olahraga MSSD Setiu Kali Ke-19 baru-baru ini.Kejohanan yang berlangsung selama empat hari sehingga 11 Mac berjaya mencungkil beberapa bakat baru dalam bidang olahraga.

Syabas! Untuk guru-guru,murid-murid yang terlibat dalam perbarisan tersebut walaupun hanya di tempat ke-3 tetapi ianya adalah kejayaan untuk kita semua.Tahniah!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Sambutan Maulidul Rasul





AHAD, 1 Mac-Sekolah kebangsaan Saujana telah mengadakan Sambutan Maulidul Rasul peringkat sekolah.Majlis dimeriahkan dengan hehadiran YB En.Abd Halim bin Jusoh,ADUN Permaisuri,AJK Masjid Kampung Saujana dan juga Ibu Bapa.

Sambutan kali ini diadakan bersama Masjid Kampung Saujana dimana turut menyediakan makanan untuk hadirin.Kehadiran yang ramai semasa perarakan bermula di SK Saujana dan berakhir di Masjid Kampung Saujana menggambarkan suasana yang muhibbah serta kesepakatan disamping sama-sama menghayati pengertian sambutan Maulidul Rasul.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Kem Pelajar Elit 5A



Sabtu, 25 Februari 2010- Seramai 26 orang murid SK Saujana telah menghadiri kem yang julung kali diadakan bagi sesi 2010.

Peserta didedahkan dengan ceramah motivasi yanng disampaikan oleh Ustaz Mokhtar dari Pejabat Agama Daerah Setiu disamping teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan yang disampaikan oleh guru-guru pakar dari SK Saujana.





Kem yang diadakan selama tiga hari iaitu bermula 25 hingga 27 Februari itu berjaya memberi pendedahan kepada murid bagi dari segi pelajaran mahupun pengisian kerohanian.

Beberapa orang guru turut 'berkampung' di situ bagi sama-sama merasai suasana kemeriahan di kem tersebut.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Watikah Pelantikan Pengawas 2010





Majlis Watikah Pelantikan Pengawas dan Pustakawan dihadiri Pegawai Perhubungan Sekolah,En.Shamsuddin bin Idris dan Inspektor Emi dari IPD Setiu.Majlis tersebut diadakan pada 21 Februari 2010.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS