Kem Pelajar Elit 5A



Sabtu, 25 Februari 2010- Seramai 26 orang murid SK Saujana telah menghadiri kem yang julung kali diadakan bagi sesi 2010.

Peserta didedahkan dengan ceramah motivasi yanng disampaikan oleh Ustaz Mokhtar dari Pejabat Agama Daerah Setiu disamping teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan yang disampaikan oleh guru-guru pakar dari SK Saujana.





Kem yang diadakan selama tiga hari iaitu bermula 25 hingga 27 Februari itu berjaya memberi pendedahan kepada murid bagi dari segi pelajaran mahupun pengisian kerohanian.

Beberapa orang guru turut 'berkampung' di situ bagi sama-sama merasai suasana kemeriahan di kem tersebut.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Kem Pelajar Elit 5A"

Post a Comment