PERTUKARAN SETARA



En.Ahmad Bokhari Omar,GPK Kokurikulum Sk Saujana telah bertukar ke SK Kampung Bharu Tok Dor,Besut bermula 1 Oktober 2010. Beliau telah memulakan khidmat di Sk Saujana pada 16 Januari 2010.Sebelum itu,beliau telah berkhidmat sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan di PKG Seri Payong,Besut. Semoga beliau dapat meneruskan perkhidmatan dengan lebih cemerlang lagi di sekolah baru.Tahniah!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2010




































Pada tarikh 7 hingga 9 Oktober 2010,SK Saujana telah mengadakan satu perkhemahan unit beruniform. Perkhemahan yang telah disempurnakan majlis penutupnya oleh En.Ismail bin Awang Teh (Naib YDP PIBG SK Saujana)telah berjaya menggabungkan 5 pasukan unit beruniform iaitu TKRS, Pengakap, PBSM, PPIM dan Tunas Puteri.

Tuan Guru Besar,En.Sauti Omar melahirkan rasa sukacitanya kerana perkhemahan ini telah berjaya mencapai matlamatnya.Hasil kerjasama guru-guru dan murid-murid dapat diperlihatkan melalui pelbagai aktiviti sepanjang perkhemahan ini.
Johan Keseluruhan telah di anugerahkan kepada TKRS dan tunas Puteri (Johan Bersama). Tahniah! Semoga perkhemahan pada tahun hadapan akan lebih hebat lagi!





































Murid-murid bersama guru sedang menyiapkan khemah masing-masing.








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS